Sunday, March 18, 2007

PUISI




Makkah

Di sini aku
Hambamu,
Abidmu.
Aku datang menyahut panggilanmu Makkah

Di sini aku
Hambamu,
Abidmu.
Aku datang menyahut panggilanmu

Di sini aku
Tiada ada apa
Pada diriku.
Sekadar dua helai kain putih
Membungkus badan.

Aku gantung namaku
Di pintu pejabat.
Aku tanggalkan nafsuku
Di atas ranjang.

Aku campak bintangku
Di dalam kotak.
Aku kumpulkan fikiranku
Ke dalam botol dakwat.

Aku ikat lidahku
Di muara mulut.
Aku cungkil mataku
Ke dalam kocek seluar.

Aku bungkus suaraku
Dalam kain sarong.
Aku ikat tangan dan kakiku
Di tiang rumah.

Aku buang perutku
Ke dalam periuk nasi.
Aku sangkutkan telingaku
Pada headphone kaset.

Aku letakan penaku
Di atas meja tulis.
Aku tutup bukuku
Dengan kunci keluli.

Tiada lagi aku
Tiada daya upayaku
Kecuali Allah Subhanahu wataala.
AbidMu datang menyahut panggillanMu,
Ya Allah, abidMu datang menyahut panggilanMu,
AbidMu datang menyahut panggilanMu,
Tuhan yang tiada sekutu bagiMu,
AbidMu datang menyahut panggilanMu,
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan
Segalanya kepunyaanMu
Tiada sekutu bagiMu.
Labaikallahumma labbaik
Labaikallaasyariikalaka labbaik ....


7.6.2005

Di sini aku
Tiada ada apa
Pada diriku.
Sekadar dua helai kain putih
Membungkus badan.

Aku gantung namaku
Di pintu pejabat.
Aku tanggalkan nafsuku
Di atas ranjang.

Aku campak bintangku
Di dalam kotak.
Aku kumpulkan fikiranku
Ke dalam botol dakwat.

Aku ikat lidahku
Di muara mulut.
Aku cungkil mataku
Ke dalam kocek seluar.

Aku bungkus suaraku
Dalam kain sarong.
Aku ikat tangan dan kakiku
Di tiang rumah.

Aku buang perutku
Ke dalam periuk nasi.
Aku sangkutkan telingaku
Pada headphone kaset.

Aku letakan penaku
Di atas meja tulis.
Aku tutup bukuku
Dengan kunci keluli.

Tiada lagi aku
Tiada daya upayaku
Kecuali Allah Subhanahu wataala.
AbidMu datang menyahut panggillanMu,
Ya Allah, abidMu datang menyahut panggilanMu,
AbidMu datang menyahut panggilanMu,
Tuhan yang tiada sekutu bagiMu,
AbidMu datang menyahut panggilanMu,
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan
Segalanya kepunyaanMu
Tiada sekutu bagiMu.
Labaikallahumma labbaik
Labaikallaasyariikalaka labbaik ....


7.6.2005

PUISI

Doa Rabiah


Bila gumbiraku
Dalam duka
Setara gumbiraku
Dalam suka.
Barulah aku bahagia.

Jika ibadahku
Kerana takut api neraka
Maka bakarlah aku di situ.

Jika ibadahku
Kerana mahu masuk syurga
Maka singkirkanlah aku dari situ.

Kerana sesungguhnya
La haula wala kuata illabillah
Aliyul’adzim.

Wednesday, March 14, 2007